.

.

Sunday, September 4, 2011

CERPEN : TERJEMAHAN CINTA




Sebuah kereta Mercedes Benz meluncur laju di jalanraya. Di dalam kereta, Datuk Murad bersiul-siul kecil. Suraya yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Dia memandang ke luar, fikirannya melayang mengingati peristiwa lalu.

”Su, kau nak pergi mana, nak?” tanya Salmah apabila melihat Suraya keluar dari biliknya dengan beg besar di tangannya.

”Su nak keluar,”

”Su, jangan buat mak macam ni, nak,”

”Mak yang paksa Su buat macam ni! Apa, baik sangat ke si Faizal tu?! Dia tu bekas bapa ayam, mak! Bekas banduan! Yang mak dengan abah sibuk-sibuk nak jodohkan Su dengan dia tu kenapa?” melengking suara Suraya. Salmah mengurut dada, terkejut dengan tindakan anaknya.

”Su dah ada pilihan hati, mak. Maliki tu, seratus ribu lebih baik dari Faizal. Ada perniagaan sendiri. Usahawan yang berjaya. Bukan macam Faizal tu! Apa pun tak ada! Harapkan nama je busuk....,”

”Jangan macam ni, nak! Faizal dah berubah! Dia dah jadi baik....,”

”Mak pasti ke dia dah berubah? Mak pasti ke yang dia dah jadi baik? Masti ke dengan semua tu?” tanya Suraya sinis. Dia tidak percaya manusia seperti Faizal boleh berubah.

”Dia dah berubah, nak! Dia dah bertaubat....,”

”Su tak percaya. Orang macam Faizal tu boleh berubah? Sekali dah jadi jahat, selama-lamanya takkan jadi baik la, mak. Orang macam tu, kalau tak dapat makan bangkai, cium pun jadi la....,”

”Suraya! Abah dengan mak tak pernah ajar kau berkurang ajar dengan orang lain!” abahnya, Hanafi mula campur tangan. Kesabarannya tercabar. Anak sendiri meninggikan suara pada orang tua. Pada ibunya sendiri pula tu.

”Abah, Su dah cakap dengan mak dan abah yang Su cintakan Maliki! Kenapa mak dan abah tak nak dengar kata hati Su? Kenapa masih nakkan si bangkai tu?” suara Suraya semakin meninggi.

Pang!

Spontan Suraya meraba pipinya. Terasa pijar dan panas. Tidak disangka, Hanafi sanggup memukulnya hanya kerana Faizal yang dianggap tidak berguna itu.

”Su benci mak! Su benci abah! Su benci semua orang!”

”Suraya,”

Panggilan Datuk Murad memecah lamunan Suraya. Dia memandang lelaki itu sambil tersenyum.

”Tan Sri Wong adalah lubuk emas kita. Layan dia baik-baik,” pesan Datuk Murad. Namun Suraya tahu, selalunya pesanan lelaki itu mempunyai dua maksud. Maksud yang kedua ialah ’kalau dia komplen, siap kau!’

Suraya mengangguk perlahan. Pandangannya kembali dihalakan ke jalanraya. Melihat kereta yang berada di kanannya. Namun telinganya dapat menangkao keluhan pemandu yang berada di hadapannya ini.

”Kenapa, Mat?” rupa-rupanya Datuk Murad juga mengesan perkara yang sama.

”Maaf, Datuk. Saya lupa nak isi minyak tadi,” laju pemandu itu meminta maaf kepada Datuk Murad atas kesilapannya. Walaupun keadaan dalam kereta itu agak suram, Suraya dapat melihat wajah Datuk Murad merona merah. Marah barangkali.

”Maaf, Datuk. Tak sempat rasanya nak ke Hotel Kristal dulu. Takut kereta mati di tengah jalan,” pemandu itu memohon maaf lagi. Datuk Murad mendengus.

”Cepat-cepat isi minyak tu! Saya tak tahan bau minyak!” arah Datuk Murad. Dia mendengus lagi. Pemandu itu mengangguk, cepat-cepat dia memutar stereng. Kereta kemudian membelok, laju menuju ke stesen minyak.

Fikiran Suraya melayang lagi.

”Su, you sayangkan I tak?” tanya Maliki. Suraya tersenyum manis. Wajah kacak ala Remy Ishak dipandang penuh kasih sayang. Ketika itu mereka baru sampai dari kampung. Menumpang seketika di rumah Maliki. Kata Maliki, dia tinggal seorang. Jadi, mudahlah baginya menumpangkan Suraya di sini.

”Mestilah I sayangkan you. You kan tau, hanya you yang berada dalam carta hati I ni. Kenapa you nak tanya lagi?”

Maliki mengelus lembut rambut Suraya. Dicium perlahan. Wangi. “Kalau you sayangkan I, you kena buktikan. Tunjukkan cinta you pada I,”

”Maksud you? I tak faham,” tanya Suraya, kurang mengerti. Mata Maliki makin kuyu namun bibirnya terukir senyuman nakal.

”Kenapa dengan Mamat ni? Lambat betul isi minyak,” bebelan Datuk Murad mematikan lamunan Suraya. Dia menoleh ke arah pemandu lelaki tua itu yang kelam kabut. Mengisi petrol ke dalam kereta. Dia kelihatan resah, tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan.

Tiba-tiba, pintu kereta dibuka kasar. Suraya terkejut. Belum sempat dia berkata apa-apa, dia ditarik oleh seseorang yang tidak dikenali. Orang itu bertopeng. Suraya ditarik keluar dari kereta tanpa sempat dia bertindak balas. Dia tergamam. Datuk Murad juga tergamam.

”Lepaskan dia! Mamat! Kejar dia!” Datuk Murad menjerit mengarahkan pemandunya. Namun malang sekali, ketika itu pemandunya itu berada di dalam kedai serbaneka untuk membuat pembayaran petrol.

Apabila lelaki itu keluar, segalanya sudah terlambat. Kelibat Suraya dan orang yang melarikannya sudah hilang ditelan malam. Sejurus, telefon bimbit Datuk Murad berbunyi menandakan satu mesej diterima. Cepat-cepat dia membaca mesej tersebut.

’Kenapa? Terkejut? Apa tindakan Datuk sekarang? Mahu report polis? Heh, Datuk sendiri pun buat kerja haram, ada hati nak report polis. Cuba la kalau berani. Segala rahsia Datuk ada pada saya.’

Datuk Murad menyumpah-nyumpah. Siapa orang ini? Berani bertul dia mengugut aku!!!!

*****

Cerpen Penuh Di Sini :)

2 comments: