.

.

Sunday, July 31, 2011

CERPEN : AKU RINDU SAYANG KAMU!

“Ayang, andai kata perhubungan kita sampai di sini saja, abang harap ayang ingatlah abang akan sentiasa di sisi ayang…. Melindungi ayang dari jauh. Bagi abang ayang adalah anugerah terindah yang pernah ALLAH kurniakan pada abang…. Andai kata abang pergi jauh selepas ni, abang minta ayang maafkan segala salah silap dan salah abang pada ayang….,”

Mesej yang beru diterima dari Amy benar-benar membuatkan hati Ina remuk bagaikan kaca yang dihempas ke lantai. Tiada kata-kata yang diluahkan olehnya, walaupun ketika Zura masuk ke dalam biliknya. Tanpa sebarang kata, Zura terus menghidupkan televisyen yang terdapat di dalam bilik itu.

“Kau kenapa, Ina? Macam orang mati laki je,” tanya Zura. Ina hanya memandangnya sekilas, kemudian memandang siling kembali. Zura mengangkat bahu, mengalah dengan sikap Ina ketika ini. Tahu sangat dia dengan perangai Ina. Jangan dipaksa sehingga dia sendiri yang buka mulut.

“Zura,” panggil Ina. Zura menoleh pantas.

“Kenapa?” tanya Zura lagi.

“Kenapa kejam sangat orang lelaki ni?” Zura tersentak. Kenapa dia cakap macam tu? Fikirnya. Bagaikan dapat membaca fikiran Zura, Ina menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zura. Baru Zura perasan mata Ina sembab, menangis barangkali.

“Kenapa jadi macam ni?” tanya Zura setelah membaca mesej yang dihantar Amy kepada Ina. Dia memulangkan telefon bimbit itu setelah beberapa kali membacanya. Bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ina menggeleng perlahan. Sesungguhnya dia pun tidak tahu apa yang membuatkan Amy bertindak sedemikian.

“Apa yang kau nak cakap dengan aku?”

Lama. Zura sendiri malas nak tunggu ayat seterusnya dari Ina, lalu perhatiannya dihalakan kepada rancangan Asmara yang sedang ditayangkan di TV3. Malam ini, dia bermalam di rumah Ina atas permintaan Ina sendiri yang mahu berbicara dari hati hati dengannya. Berbincang apanya, dok nangis dari tadi, nak suruh aku tadah air mata dia ke apa! Sempat lagi Zura mengutuk dalam diam.

“Aku benci dia,”

Mata Zura membulat. “Apa dia?”

“Aku benci dia,” ulang Ina. “Aku benci sebab dia buat aku macam ni,”

“Kau benci, kau rindu,” sahut Zura. Ina memandang ke arahnya.

“Kau jugak yang cakap dengan aku, sayang seseorang itu seadanya, jangan sayang habis dengan dia sebab nanti kalau jadi apa-apa, tiada apa yang harus dikesalkan,” Ina mengangguk perlahan. Memang dia ada katakan mengenai perkara itu ketika Zura putus cinta dengan Shafiq dahulu. Tapi kini, dia yang terkena. Dia memang sayang habis dengan Amy sehinggakan apabila perkara ini terjadi, dia tidak dapat menerima.

“Kitorang dah lama bercinta, Zura. Dah tujuh tahun dah. Aku tak sangka yang dia akan buat macam ni,” suara Ina sebak. Dia menangis lagi.

“Kau rasa kenapa dia buat macam tu? Dia ada perempuan lain?” tanya Zura perlahan.

Dia tidak mahu hati Ina terguris lagi tapi dia perlu tahu apa punca Amy bertindak sedemikian.

Ina menggeleng. “Aku tak tahu,”

“Kau masih sayangkan dia kan? Kenapa kau tak cuba nak pertahankan hubungan korang?”

“Aku letih! Aku letih sebab dari dulu sampai sekarang, macam-macam dugaan yang datang dalam hubungan ni. Aku dah tak larat nak tepis semua perempuan yang nak dekat dengan dia!” balas Ina. Nada suaranya berubah.

“Aku tahu,” balas Zura, pendek. Tiada siapa yang dapat meredakan hati Ina yang berkocak ketika ini.

“Kalau boleh, sekarang jugak aku nak ke rumah Amy, tanya dia kenapa dia buat macam tu kat kau,” Zura berkata jujur. “Tapi esok aku nak bertolak. Memang takkan sempat aku nak buat semua tu,”

Ina mengeluh. Memang dia sedia maklum, Zura pulang ke Malaysia hanya seketika. Setelah menghadiri program motivasi atas jemputan Along, Zura akan pulang ke Korea. Kerja-kerjanya bertimbun di sana. Dia tidak boleh salahkan Zura. Dia punya tanggungjawab di sana.

“Dah la, jom tidur,” Zura menarik tangan Ina ke katil. “Esok aku nak bangun awal,”

“Kau tidur la dulu, aku belum ngantuk lagi,” kata Ina.

“Ye la, jangan tidur lambat sangat. Kau tu nak hantar aku ke airport esok,” Zura mengingatkan. Ina tersenyum nipis. Sebentar kemudian terdengar bunyi dengkuran dari Zura. Kuat pulak tu! Ina menggeleng perlahan. Zura, Zura…..

Tiba-tiba lagu Relaku Pujuk nyanyian Tam Spider berkumandang di dalam bilik itu. Ina tahu, lagu itu menandakan Amy menelefonnya. Namun Ina menguatkan hatinya untuk tidak menjawab panggilan itu. Merajuklah kononnya, tu!

“Oi, jawab la. Kang orang bising lak malam-malam buta ni,” kata Zura perlahan. Ina mendengus. Tadi Nampak macam tidur mati, bila lagu ni keluar dengar pula, getus Ina.

“Helo,” Ina sedaya upaya mengawal suaranya supaya tidak didengari oleh Zura.

“Ayang,” terdengar suara garau Amy. Ina diam tidak berkutik.

“Ayang, abang tau ayang ada kat sana. Abang minta maaf,” kata Amy lagi.

“Sory, salah nombor la,” Ina terus mematikan telefon. Tidak sanggup rasanya mendengar suara itu. Memori dahulu kembali lagi….

*****

“Opocot!”

Bersepah buku-bukunya apabila dia dilanggar dari belakang. Kuat pulak tu! Terhuyung hayang Ina mengimbangkan tubuhnya. Namun sebentar kemudian pinggangnya dirangkul seseorang. Ina pantas menoleh. Seorang lelaki sedang memeluknya. Lelaki!

“Er…..,” merah padam muka lelaki itu apabila Ina memandangnya tajam. Lambat-lambat dia meleraikan pelukannya. Bertambah merah mukanya apabila tindakan spontannya tadi mendapat sorakan daripada pelajar-pelajar yang lalu lalang, hamper semuanya pelajar lelaki. Mahu tak bersorak, siapa yang dapat menghampiri Shamsinar? Mau kena pelangkung nanti!

“Ehem!” Ina berdehem kuat. Serentak sorakan mati. Lelaki di hadapannya tunduk, mungkin malu dengan tindakannya tadi.

“Awak ada nak cakap apa-apa pasal tadi?” Ina bersuara. Terdengar bisik-bisik di belakangnya. Gasaklah! Siapa suruh ambil kesempatan tadi!

“Er…. Saya Helmi,” ujar lelaki itu.

“Saya tak tanya nama awak!” Ina mengerutkan dahi. Lain yang aku tanya, lain yang dia jawab! BM dapat berapa PMR lepas?

“Maaf,” spontan Helmi menuturkan maaf. Ina tersenyum nipis. Dipandang sekumpulan pelajar yang masih berkumpul menyaksikan drama tadi.

“Korang takde kerja? Nak ni?” Ina menunjukkan penumbuknya yang tak seberapa itu. Namun itu sudah cukup menakutkan mereka. Sekelip mata sahaja mereka sudah bertempiaran lari. Siapa yang tak kenal Shamsinar? Garang!

Lelaki tadi juga sudah berkira-kira untuk beredar dari situ.

“Awak nak ke mana pulak tu?” tanya Ina. Langkah Helmi terhenti. Dia menelan liur.
“Terima kasih, selamatkan saya. Kalau tak, dah masuk longkang la saya,” suara Ina tiba-tiba berubah menjadi lembut. Helmi terkesima. Dipandang pelajar perempuan yang dilanggarnya tadi. Pelajar itu tersenyum. Aduhai, kalaulah dia sudah habis belajar, sudah kusuruh ibuku masuk meminang. Tapi aku tak habis belajar lagi! Kata hatinya.

“Ehem,” sekali lagi Ina berdehem. Lamunan Helmi berkecai. Dia memandang Ina yang tersenyum memandangnya.

“Nama saya Shamsinar. Panggil Ina. Ok, bai!” Ina terus berlari meninggalkan kawasan itu. Meninggalkan Helmi yang terkulat-kulat sendirian.

“Panggil saya, Amy,” kata Helmi perlahan.

*****

“HOI!”
“Hoi, kau!” Amy melatah. Rizal yang mencucuk pinggangnya tadi ketawa berdekah-dekah. Lelaki melatah……

“Kau takde benda lain ke nak buat?” marah Amy. Tapi marah sayang la. Mana boleh marah betul-betul kat Rizal ni. Merajuk mengalahkan perempuan!

“Aku nak buat kau happy, salah ke?” Rizal membela diri. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Amy. Tiga tahun mengenali Amy, susah senang dihadapi bersama. Dan kali ini, dia akan membantu Amy menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Hoi, termenung lagi!” sergah Rizal. Amy tersentak. Dia mengeluh perlahan.
“Aku masih sayang dia……,”

“Aku rindu……. Sayang kamu……..,” tiba-tiba Rizal menyanyi. Amy menjeling tajam kepadanya namun Rizal buat tak peduli. Tiba-tiba Rizal mengaduh kecil sambil menggosok pahanya.

“Aduh, sakitlah….,”

“Aku serius dia buat main. Ni la padahnya,” Amy geram. Orang tengah sedih dia bantai nyanyi pulak!

“Hesh kau ni, bukan nak tanya aku nyanyi sebab apa! Lain kali tanya dulu! Aku nyanyi lagu ni bersebab! Nampak mesej ni?” Rizal menunjukkan mesej yang diterima oleh salah seorang rakannya.

‘Kalau marah tapi rindu, kalau sayang tapi menyampah, kalau dendam tapi cinta, luahkan segalanya kerana dia segalanya buat anda’ Amy tidak mengambil pusing dengan mesej yang dibaca namun apabila melihat kepada penghantar mesej itu….

“Macam mana kau boleh kenal dia ni?”

Rizal tersengih nakal.

*****

“Wei, cepatlah tolak troli tu!” jerit Ina yang sudah berada di pintu masuk. Zura mendengus geram. Siapa yang nak naik kapal terbang ni? Aku ke dia?

“Sabar la, berat tau beg aku ni!”
“Tu la, lain kali jangan bawak banyak sangat beg balik!”
“Eh, banyak bunyi la! Kau yang beria-ia nak suruh aku bawak harta karun ni balik Korea, aku jugak yang kena?”

“Nasib kau la budak kecik!” Ina ketawa besar. Dia mula berjalan ke belakang, untuk mengusik Zura. Namun tanpa dia sedari, dia terlanggar seseorang.

“Ops!” Ina mula terhuyung hayang. Kasut tumit tinggi yang dipakai langsung tak membantu. Menyusahkan adalah! Namun dia tersentak apabila pinggangnya dirangkul dari belakang.

“Dah tak reti pakai kasut tumit tinggi tu buat apa pakai lagi?” suara garau lelaki itu amat jelas di pendengaran Ina. Dia amat mengenali suara itu. Segera dia menoleh. Dan……

Amy tersenyum memandangnya. Zura yang termengah-mengah menolak troli pula terkejut dengan kelibat Amy di situ. Namun apabila melihat kelibat Rizal. Dia tersenyum nipis.

“Eh, Amy! Buat apa kat sini?” tanya Zura ramah. Dia beralih tempat ke sebelah Ina. Disiku kawannya itu namun Ina hanya kaku, bisu.

“Amy kan kerja kat sini, dah lupa?” jawab Amy ringkas. Dia memandang Ina di sebelah Zura.

“Ala, Zura lupa,” Zura menepuk dahi. “Eh, Zura nak pergi beli gula-gula la,” Zura merasakan yang Ina menarik-narik lengan bajunya. Namun dia buat tak peduli. Laju saja dia berlalu sambil memaut lengan Rizal yang kebetulan berada di belakang Amy.

“Er……,” Amy kehilangan kata-kata.

“Ehem!” Ina berdehem keras. Amy tersentak.

“Ina….,”
“Ehem!”

“Maaf,”

“Ehem! Eh, apa?”

Amy tersenyum. “Tiada siaran ulangan, yea,” Amy mengusik. Muncung Ina panjang sedepa.

“Ayang, abang nak mintak maaf. Minggu lepas handphone abang kena curi dengan sorang budak perempuan ni. Bila abang jumpa balik abang dapat tahu yang budak tu hantar mesej yang bukan-bukan dekat ayang. Bila abang nak explain, ayang tak nak dengar. Tu yang Rizal cuba contact Zura tu. Tu pun sebab Zura pun tak nak jawab bila abang call,” jelas Amy panjang lebar. Ina mengetap dahi. Zura! Kau memang nak kena!

“Jangan salahkan Zura. Mula-mula memang dia tak nak tolong abang dan abang pun mula ingatkan yang ayang dah bencikan abang tapi tiba-tiba dia hantar mesej ni kat Rizal,” Amy menunjukkan mesej yang telah diforwardkan oleh Rizal ke telefon bimbitnya kepada Ina. Ina tersenyum. Pandai jugak minah ni menyusun kata! Ingatkan pandai merapu je!

“Macam mana pulak Rizal dengan Zura boleh rapat macam tu?” nada suara Ina mula berubah. Tiada lagi nada marah pada suaranya.

“Kitorang kan kerja kat sini. Lambat laun jumpa juga….,”

“Ayang,”

“Iya?”

“Aku rindu…. Sayang kamu….,” Amy menyanyikan sepotong lirik dari lagu Black itu. Ina tersenyum senang.

“Abang terlalu rindukan ayang,” ucap Amy ikhlas. Sebentar kemudian muncul Zura dan Rizal. Muka Rizal pucat macam mayat. Pelik Amy melihatnya.

“Amy nak chewing gum? Kali ni Zura beli khas untuk Amy….,” kata Zura ceria. Amy menyambutnya tanpa ada rasa apa-apa yang pelik namun apabila melihat wajah Rizal…..

“Rizal, kau sakit ke?”

“Eh, diorang dah panggil tu! Nanti kita jumpa lagi yea. Assalamualaikum,” Zura terus menarik tangan Ina. Amy memandang wajah Rizal yang takut-takut memandang Zura.

“Kau apahal? Zura makan kau ke tadi?” tegur Amy.

“Kau tau tak Zura tu brutal?” tanya Rizal kembali.
“Hah?” Amy tidak faham.

“Tadi masa kitorang kat kedai, kitorang nampak Sheila,” luah Rizal.

*****

“Kau nampak Sheila? Sheila Majid ke?” tanya Ina. Bukan dia tidak tahu yang Zura peminat setia penyanyi itu.

“Bukanlah!” tingkah Zura.

“Kalau bukan dia, siapa?” tanya Ina lagi.

“Kata Rizal, dia yang curi handphone Amy hari tu,” Ina merasakan darha menyerbu ke wajahnya. Amy tak cakap nama budak tu tadi. Dan entah bagaimana, dia dapat meneka tindakan Zura seterusnya.

“Kau buat apa?”

“Aku buat-buat la aku lalu kat situ. Rizal tengok je aku dari jauh. Pastu aku dengar dia berborak dengan kawan-kawan dia dan dengan bangganya dia bagitau yang dia dah pisahkan korang. Kawan-kawan dia pun apa lagi, bangga la dengar cerita tu. Sayang betul, muka lawa macam Salma Mentor tu tapi perangai macam setan.”

“Lepas tu, aku tegur dia. Aku tanya, awak Sheila ke? Dia jawab ‘Iya, saya Sheila, makwe baru Amy. Aku cakap la, tak baik buat macam tu. Dia boleh jawab, hey Ina, the best girl win ok! Dia ingat aku ni kau pulak dah. Kau nak tau aku buat apa?” tanya Zura, menimbulkan suspen dalam ceritanya. Ina memandang wajahnya. Ni mesti benda merapu yang dia buat ni….

“Aku lempang dia,” katanya selamba. Bulat mata Ina mendengarnya. Apa?

Zura tersengih. “Yang bestnya, masa aku lempang dia, kepala dia terpusing menghadap korang yang tengah berbincang masalah negara korang. Bila dah jadi macam tu, aku pun cakap macam ni, ‘dik, yang itu Amy dengan Ina. Diorang tak pernah berpisah. Tiada siapa yang dapat pisahkan diorang kecuali ALLAH. Akak ni, kawan diorang je. Lepas tu aku terus pergi kat Rizal yang dah macam mayat tengok aksi ganas aku tadi,” sengihan Zura semakin lebar. Ina terkedu. Tidak sangka dengan tindakan kawannya itu.

Dia masih memandang ke arah jalan yang dilalui oleh Zura, walaupun gadis itu telah lama meninggalkannya. Tiba-tiba telefonnya berdering.

Shafiq!


No comments:

Post a Comment